Tuesday, February 15, 2011

belum ada rezeki

oh ~ ~ dah 8bln aku kawin..., belum ada baby lagi..,
belum ada rezeki lagi..., hehe, itu je la jawapan yang aku
selalu bagi bila org tanya..,
sekarang ni, makin kerap plak org yg bertanya bila
aku nak ada baby...............   

aku nak ada baby secepat mungkin.., en.hubby pun sama..,
dia pun nak baby secepat mungkin..., tapi...
belum ada rezeki..... ('',)

Sunday, February 13, 2011

rukuk & sujud..

Ramai antara kita sembahyang tapi tak faham apa makna bacaan kita.

And itu adalah salah satu punca kenapa sembahyang kita jadi tak khusyuk…

Just want to share,., kita mula dengan doa yang pendek dulu…

Bila baca doa semasa rukuk @ sujud, ingat lah makna bacaan itu okey..,






Tuesday, February 8, 2011

Khurafat

Aku ada kawan tgh pregnant..,
dia cakap time pregnant ni, mak dia suruh bawak paku,
motif: nak elakkan dari makhlus2 halus ganggu...,

aku penah tgk Tanyalah Ustaz, tv9...,Ustaz tu cerita bab khurafat..

Logiknya kat sini senang saja, contoh bab paku tadi..., kita tanya diri sendiri..;
apa kuasa paku? apa hebatnya paku? Subhanallah...., tak kan la paku
lagi hebat dari ayat-ayat suci al-Quran........

Yang sepatutnya, kita amalkan membaca ayat2 suci Al-Quran dari percaya
itu semua...,semua benda khurafat boleh membawa kepada syirik...,

Islam ada Ayatul Qursi.., bacalah, amal lah..., Islam juga ada doa pendinding...,

Utk ibu2 mengandung, Islam ada ajar amalan yg patut dilakukan semasa mengandung..,
Banyak lagi contoh2 perkara khurafat yang berlaku
dalam kehidupan kita ni, contoh : mata berkedip ada petanda tak baik la,
rama2 masuk rumah ada org nak dtg la,,...mcm2 lg....

moga Allah s.w.t tetapkan iman kita.

Monday, February 7, 2011

Auditor

This year kt ofis aku ada satu plan yg management buat, ''Consequence Management Plan'' nama diberi...
dalam plan ni ada items2 yang 'zero tolerance'..means tak boleh bertolak ansur la kalau benda ni terjadi dalam kerja kami...,

aku and kwn2 yang lain, mmg follow betul2 la plan ni., sebab kalau ada findings by Risk team/Auditor on zero tolerance items, performance kami akan drop, bonus dapat sikit or maybe tak dapat lansung... Risk team ni akan audit dulu kerja kami hari2 sebelum Auditor datang audit...,

pendek kata, aku buat kerja dengan penuh berhati-hati since jan 2011 ni.,mmg nak perfect la kerja aku nih.... yela, mesti sebab nak bonus lebih...

satu malam, aku pegi mkn nasi lemak dgn member2 lain, tiba2 Syida cakap..., ''kita bukan main bersungguh2 lagi kan, berhati2 sunguh buat keja sebab tak nak salah, sebab Risk team akan check, sbb nak jaga performance, penah tak kita terfikir mcm mana kalau Allah nak audit kita?"

Subhanallah, tersentuh hati aku..... ada betulnya apa yang Syida cakap.
Allah s.w.t. akan audit kita nanti......seluruh anggota badan kita akan di audit... setiap perbuatan kita selama ni Allah akan tanya...
YaAllah, takutnya aku....,

Kenapa aku tak pernah terfikir selama ni...

Sejak tu, aku cuba sedaya upaya, beribadat bersungguh2, perbaiki kelemahan diri...., contohnya, bacaan aku dalam solat..., aurat aku..... ye.... nanti aku akan di audit dengan Pencipta aku di akhirat nanti..

"sebelum melakukan sesuatu (makan,minum,cakap,pakai,tengok,dengar..dan mcm2 lagi) kita audit diri kita sendiri dulu, kita tanya diri kita, apa yang akan kita buat ni, syurga or neraka, Allah redha atau tidak, InsyaAllah...kita akan jadi insan yang soleh & solehah''Dr Muhaya Muhd.

Thursday, February 3, 2011

al kisah 1st dating.., dating ke?

aku kenal en.hubby pada 2008,bulan 8 mcm tu., kami pegi team building dekat Genting Highlands., tapi kenal camtu camtu je..,

lagi kenal lepas aku pegi department dia untuk jual cup cake., dia dengan tersengih mintak emel address aku.,hihihi..,

1st dating aku dgn en.hubby on 01.11.2008..
en.hubby datang amik aku kt lrt sentul then kitaorg pegi ikea, sebelum masuk ikea, minum2 dulu kt mcd dekat2 situ.,pastu pegi makan kt pj oldtown, pastu lepak tgk bola kt nz wangsa maju...pastu blk umah..
1st time keluar dgn en.hubby ni, aku takde apa2 perasaan spesial lagik kt dia ye..

kami lagi rapat bila asyik emel2, jumpa kt kolam kt tpm.., bila weekend kadang2 g dating lg.., kadang2 sebab time weekend ni aku byk keluar dgn member2 aku...,

bilakah aku jatuh cinta dgn en.hubby? tak ingat la pulakkk..., nnt la aku cuba fikir2kan.....

hello

hello malaysia.., blog ni aku buat sebab,,,., saja suka2..

tapi x sure le aku boleh keep update ke tak., but kalau dapat

update seminggu sekali pun kira ok la kan..,